Welcome

 

Alam Prima ialah pangsapuri jenis pegangan bebas yang terletak di Jalan Budiman 22/3, Seksyen 22 Shah Alam. Kediaman ini telah dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad melalui kontraktor yang dilantik iaitu CB Land Sdn. Bhd. Alam Prima mula dihuni bermula Julai 2012 dan pangsapuri ini berdekatan dengan Pangsapuri Alam Idaman, Subang Andaman, Puri Ayu dan Suri Subang. Alam Prima mempunyai 16 tingkat lantai yang memuatkan 435 unit rumah. Setiap unit diberi 2 lot tempat letak kereta dan 1 lot tempat meletak motosikal. Keluasan unit bermula dari 771 kaki persegi hingga 1725 kaki persegi.

Berikut adalah jenis unit dan keluasannya.

  1. Jenis A: 850 kps
  2. Jenis B: 771 kps
  3. Jenis C: 1725 kps
  4. Jenis D: 1621 kps

 

Alam Prima mempunyai pengawal keselamatan bertugas 24/7 dan sistem pagar automatik. Selain itu ia juga mempunyai kemudahan lain seperti:

  1. 3 Unit lif
  2. 1 Lapangan badminton
  3. 1 Taman permainan kanak kanak
  4. 1 Dewan serbaguna
  5. 1 Unit Surau

 

Go to top